30 June 2008

Cuti2 di Perth - Zoo

Salam...

sempena cuti sekolah...ehhh bukan...cuti semester universiti curtin di west australia..seorang bapa telah membawa keluarganya ke zoo yang terletak di perth, western australia.

ramalan cuaca yg dijangka hujan telah menyebbkan si bapa dan ibu berdoa berkali2 agar tidak hujan kerana ingin merebut peluang separuh harga utk yuran masuk ke zoo pada setiap hari rabu. Alhamdulillah berkat keizinan yang Esa, mereka sekeluarga telah berjaya pergi ke Perth Zoo dan lawatan ke sana memang bermanfaat kerana semua binatang segar bugar dan tak tidur. Anak2 gembira melihat kebanyakan haiwan aktif bergerak. Cara setiap haiwan dipamerkan agak berbeza dan kedua ibu bapa gembira kerana anak2 mereka dapat melihat haiwan secara dekat.

Ini kerana si bapa sering merungut hampa apabila tidak dapat melihat haiwan bergerak aktif atau haiwan yang dipamerkan sering bersembunyi dan cukup bersyukur jika dapat melihat ekor haiwan atau kelibat haiwan tersebut.

Manakala si ibu sentiasa gembira kerana memang sifatnye suka berjalan tidak kire ke mana jua, hinggakan jika si bapa mengajak pergi tengok hutan paya bakau pun si isteri pasti gembira..(hahahahaa- penulis tergelak bagai nak rak!!)

Pihak zoo menyediakan kemudahan troli untuk menolak anak2 mereka supaya pengalaman indah di zoo tidak diganggu dengan tangisan penat anak2 dan mengurangkan anak2 dari meragam sekaligus ibubapa juga tidak tertekan kerana anak kurang meragam apabila penat berjalan.

Siri cuti2 di perth ini akan bersambung di keluaran akan datang.




pondok2 kecil ini membolehkan pengunjung melihat haiwan secara dekat


makanan tidak disediakan oleh pihak zoo, tapi oleh si ibu kerana ingin menyahut cabaran si bapa supaya berjimat cermat dan menhan nafsu melihat orang makan di cafe yang berdekatan




lihat betapa dekatnye pengunjung boleh melihat sang buaya ini, macam kat akuarium je
tetapi sebenarnye buaya ini berada di dalam kolam yang besar

2 comments:

sweetluckie said...

bestnyer dpt jalan... dah lama tak jalan2.. :(

SuE KasSiM said...

alaa..sedihnyer dengar..takpe, balik msia nnti kite plan sesama gi zoo negara lak..yippeee!!